Sahabat SSP

Tuesday 30 August 2011

RaYa DaTaNg LaGi !?! Yeaayyy :D

assalamualaikum w.b.t...
Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya. Fajar Syawal mula menyinsing menandakan bermulanya detik dinantikan semua Muslimin selepas sebulan berpuasa. Alhamdulillah syukur kpd Allah S.W.T krn dpt lg kita meraikan hari kemenangan umat Islam ini. Adakah kita akan berjumpa Ramadhan lagi pada tahun depan? amenn..insyaallah..kita serahkan segala padaNya moga kita masih diberi peluang itu...insyaallah.
Di kesempatan ini saya (pemilik SRIKANDI SANG PECINTA* a.k.a SSP*) ingin memohon maaf diatas segala kekhilafan kpd semua pembaca/pelawat/sahabat SSP* jika ada tersalah komen atau entri yg tidak membangkitkan ketidakpuasan mana2 pihak.
รεlﻪოﻪէ ﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ
'Kullu a'min wa antum bikhair' yang bermaksud 'Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan'. Ucapan Nabi Sallallahualaihiwasallam ketika Eidul Fitri. Lebih baik ini disebarkan daripada 'Selamat Hari Raya' :) Hadith shahih. Rujukan: Hisnul Muslim...~   
Dan tidak lupa sahabat2 yg memandu pulang ke kampung halaman tu, berhati2 la di jalan raya. PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. Insyaallah... Jum Pulang Ke Kampung!! JUM !!!


Wassalam sayang ... ✿ ~




*.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:*.:。✿*゚゚・✿..:**

Sunday 28 August 2011

"AMALAN/ADAB2 YG BAIK DLM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI"

Sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelang, saya ingin kongsikan ilmu yg ada ini agar dapat kita sama-sama mmperbaiki dan menambahkan lagi amalan-amalan kita pada Aidilfitri nanti... Insyaallah.

MALAM HARI RAYA

~ Teruskan solat Isyak berjemaah, solat tasbih di masjid/surau.. dan akhiri juga dgn solat sunat witir.. (spt mana yg kita lakukan spnjang Ramadhan).
~ Bertakbir (bertasbih & bertahmid) sebaik2nya di dalam rumah bersama ahli keluarga (berjemaah).
~ Jangan lupa perbanyakkan juga bacaan Al Quran pada malam hari.. (seperti mana kita lakukan sepanjang Ramadhan), pada yang tak berkesempatan, sekurang2nya dibaca surah Yassin.
~ Bertahajjud/solat malam.. teruskan juga seperti malam-malam biasa/malam-malan Ramadhan yang sering kita lakukan.

PAGI HARI RAYA

~ Di mulakan dengan solat sunat subuh.
~ Solat fardhu subuh seawal waktu (berjemaah adalah lebih baik).
~ berzikir, beristigfar, bertahmid
~ Selesai solat disunatkan makan (sekurang-kurangnya sebiji kurma).
~ Mandi sunat Aidilfitri.
~ Berpakaian cantik (sunnah Nabi s.a.w.) dan bersiap2 ke masjid/surau.
~ Bersalaman mohon ampun maaf antara keluarga agar beroleh keredhaan dari Allah.
~ Sekiranya boleh; ikut jalan yang lebih jauh/berjalan kaki (jika mampu) / [* guna jalan yang berasingan ketika pergi dan balik ke masjid (sunnah Nabi s.a.w.)
~ Bagi yang belum menunaikan zakat fitrah (tunaikn sebelum solat hari raya - ini adalah waktu yg paling afdhal).
~ Solat sunat Tahiyatul Masjid.
~ Bertakbir Hari Raya.
~ Solat sunat Aidilfitri.
~ Mendengar & menghayati khutbah selepas solat.

SELESAI SOLAT & KHUTBAH AIDILFITRI

~ Bolehlah menziarahi kubur.. (sebaik2nya ziarah kubur/membersihkn kubur selepas balik dari solat Aidilfitri .. kerana ini lebih smpurna)..
amalan menziarahi kubur pada Hari Raya tidaklah sunat/atau dituntut.. sebaliknya ramai yang telah menjadikan adat.
~ Dan bila pulang ke rumah, jangan dilupa untuk menunaikn solat sunat Dhuha (atau lebih baik jika berkesmpatan lakukan di masjid/surau)
yakni sebelum balik (selepas selesai khutbah).

PERINGATAN/RENUNGAN (untuk diri paling utama).

~ Tunaikanlah solat fardhu pada waktunya (sekalipun bermusafir).
~ Menjamu selera mengikut keperluan (tidak mengikut nafsu).
~ Menjaga adab antara saudara-mara dan paling utama ialah AURAT;
1) jika berada di kampung (terutamanya), aurat ketika di dalam rumah/ketika tidur (perkara ini selalu diabaikan apabila seluruh keluarga berkumpul)
2) adab/perkara yang membataskan dalam bersalam
3) ingatkan anak-anak (terutama pada yang perempuan (akhil baligh) - tentang hukum bersalam, dan aurat sesama sepupu @ yang bukan muhrim)
~ Saling hormat-menghormati dan sentiasa berpegang pada Al Quran dan Sunnah.
~ Amalan solat berjemaah diteruskan adalah lebih baik (terutama bila dapat berkumpul beramai2).
~ Memulakan puasa 6 pada Hari Raya kedua (sebaik2nya) dan pada yang perempuan niatkanlah qada', Insyaallah akan diberikan juga ganjaran pahala puasa 6 (hanya Allah yang akan menilai tiap amalan kita).

:: Semoga kita akan beroleh manfaat...amin..insyaallah. Pada sahabat-sahabat yang dikasihi yang ingin menambahkan ilmu dan dikongsikan bersama silakan.. sesungguhnya tiap-tiap kelemahan itu keadilan dari Allah untuk saya memperbaiki diri dan yang al-Hafiizh (Yang Maha Penjaga) al-Hamiid (Yang Maha Terpuji) al-Muhaimin (Yang Maha Memelihara) al-’Aliim (Yang Maha Mengetahui) al-’Azhiim (Yang Maha Agung) al-Hamiid Yang Maha Terpuji itu milik Allah SWT...~ moga dipermudahkan.. amin…Insyaallah.




~ “SELAMAT BERILMU DAN BERAMAL” ~

Saturday 27 August 2011

Allah Sentiasa Menerima Doa

Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM).)



Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:

Maksudnya:
Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Islam & Kasih Sayang

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T ....

Indahnya Islam krn Islam itu sendiri berasas dr kasih syg.. Islam itu agama yg penuh dengan kasih sayang. Mewujudkan kasih sayang pada diri sendiri, serta memberikan kasih sayang kepada siapa dan apa yang ada disekeliling kita adalah ibadah. Dan itulah bagian dari sifat dan jati diri orang muslim.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit". (Riwayat at-Tabrani)

Sunday 21 August 2011

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN & WAKTU

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. 

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau Kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. 

CINTA
sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"
KEKAYAAN! KEKAYAAN! 
Tolong aku!" teriak
CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN,

"Aduh! Maaf,
CINTA!" kata KEKAYAAN
"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." 

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. 

CINTA
sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"
KEGEMBIRAAN!
Tolong aku!", teriak
CINTA. Namun apa yang terjadi, 

KEGEMBIRAAN
terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"
KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab
KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN

CINTA
sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.

Saat itu lewatlah
KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN,

"Maaf,
CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. 

CINTA
putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,

"
CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan
CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "
WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya

"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya
CINTA heran.
"Sebab", kata orang itu,
"hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

Monday 15 August 2011

Ramadhan Bulan Penyucian Jiwa

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.

Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.

Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.

Tetapkan Taqwa

Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.

Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.

Di bulan yg penuh barakah ini marilah kita sama2 melakukan ibadah & perkara2 yg disukai olehNya...
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...