Sahabat SSP

Sunday 8 April 2012

~✿ 10 CINCIN SYURGA ✿~


assalamualaikum w.b.t. moga diberkati & dirahmatiNya selalu (amenn ya rabb..)

Apabila Allah ingin memasukkan manusia ke dalam syurga, Allah memerintahkan malaikat membawa HADIAH..iaitu kain daripada syurga dan apabila penghuni syurga hendak melangkah masuk ke dalam syurga...

Malaikat berkata :
"Sesungguhnya..aku membawa hadiah daripada Allah, aku membawa KAIN yang wangi dan 10 CINCIN dari Allah.."

Apabila penghuni syurga mendapat kain yang wangi itu, mereka memakai kain itu..mereka memerhatikan 10 bentuk cincin yang diberikan Allah itu..

Setiap cincin ada TULISANNYA :
✿~ cincin 1 ditulis : BERBAHAGIALAH kamu, masuklah kamu ke dalam syurga
                             sedangkan kamu KEKAL di dalamnya..
✿~ cincin 2 ditulis : Kami HILANGKAN KESEDIHAN dan kebingungan kamu..
✿~ cincin 3 ditulis : Inilah SYURGA yang diwariskan pada kamu atas amalan ketika hidup dahulu..
✿~ cincin 4 ditulis : Kami kahwinkan kamu dengan BIDADARI yang cantik jelita..
✿~ cincin 5 ditulis : Syurga ini penuh dengan PELBAGAI KENIMATAN yang akan kamu dapat tanpa bersusah payah..
✿~ cincin 6 ditulis : Di dalam syurga kamu akan mendapat SEMUA PAHALA dan kenikmatan berkat amal kebajikan..
✿~ cincin 7 ditulis : Kamu TIDAK AKAN TUA selama-lamanya..
✿~ cincin 8 ditulis : Kamu akan menjadi orang yang AMAN dan TIDAK AKAN TAKUT selama-lamanya..
✿~ cincin 9 ditulis : Kamu akan bersama dengan NABI, PARA SAHABAT, para tabi'in, para syuhada', siddiqin, solihin..
✿~ cincin 10 ditulis: Kamu akan berada di sisi TUHAN yang memiliki ARASY yang Maha Mulia..

by : (iluvislam.com)



salam perkongsian,


aj ;)


Monday 2 January 2012

Petua 4 Imam Syafie




Assalamualaikum w.b.t... apa khabar semua sahabat & pelawat SSP ? sihat wal'afiat hendaknya..amenn ya rabb.. kali ini aj ingin berkongsi beberapa petua dgn sahabat2 sekalian. moga ia membawa manfaat kpd kita smua ye.. (aj nk minta maap kpd sahabat/pelawat sekalian...sbb xdpt menulis pnjg2...aj kena pegi ''berperang'' khamis ni...jd, kena la study... hee.. :D)

Empat perkara menguatkan badan 
   1) makan daging 
   2) memakai haruman 
   3) kerap mandi 
   4) berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
   1) banyak berkelamin (bersetubuh)
   2) selalu cemas
   3) banyak minum air ketika makan
   4) banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 
   1) duduk mengadap kiblat 
   2) bercelak sebelum tidur 
   3) memandang yang hijau (tumbuh-tumbuhan hijau, bukit bukau & ...) 
   4) berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata 
   1) memandang najis 
   2) melihat orang dibunuh 
   3) melihat kemaluan 
   4) membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
   1) tidak banyak berbual kosong 
   2) rajin bersugi (gosok gigi) 
   3) bercakap dengan orang soleh 
   4) bergaul dengan para ulama 

Empat CARA TIDUR 
1) TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 
2) TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan 
     terjaga untuk solat malam.    
3) TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan 
     yang banyak dimakan. 
4) TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal dunia... 

Sharing is caring. 

aj


p/s: perkongsian ini adalah drpd seorg sahabt di laman muka buku :) 



Thursday 22 December 2011

Zikir Harian

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

alhamdulillah, moga perkongsian ringkas buat kali ini memberi manfaat kepada semua sahabat & pelawat SSP.. insyaallah...


selamat beramal..
salam mesra buat sahabat sekalian :)

aj ~ 

Thursday 15 December 2011

(¯`•.¸ღ DALAM DIAMKU (¯`•.¸ღ


❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•


•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•*¨✮¨*•.•


Dalam diamku,
terselit sebuah rindu..
Merindukanmu untuk menjadi bakal IMAMKU,
Merinduimu agar kau bisa menjadi MUJAHIDKU,
Yang siap bila diseru ke jalan JIHAD..


Diam,itulah caraku mencintaimu karenaNya.

Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak dinodai oleh nafsu.

Diam,itulah caraku mencintaimu karenaNya.
Mengharap ketakwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keredhaanNya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu karenaNya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Aku tidak marah,aku tidak cemburu karena kau bukan hakku..Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku.Ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau.Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku.bila ada siraman Redhanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada yang lain yang lebih baik dariNya..jadi walau aku cinta dan aku putuskan utk diam,biarkan Allah yang maha Kuasa mengaturNya.



•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•*¨✮¨*•.•



Karena dalam diammu tersimpan kekuatan, kekuatan harapan.
Hingga mungkin saja Dia akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara di kehidupan nyata.


Insyaallah.

salam mesra,

aj ...  ~

Friday 2 December 2011

Muhasabahlah Wahai Hati...



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

❤¸¸.•* MUHASABAH CHENTA *•.¸¸¸❤

“Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir orang lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. 
Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tidak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!


DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! 
Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.”



InsyaAllah,renug2kan..sesungguhnya Allah tidak memandang LUARAN seseorang,melainkan Allah hanya menilai HATINYA sahaja..wallahua'lam..

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫


p/s:menutup aurat tidak semestinya kena berpurdah..


salam muhasabah & salam sayang ;)


aj ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...