Sahabat SSP

Sunday 8 April 2012

~✿ 10 CINCIN SYURGA ✿~


assalamualaikum w.b.t. moga diberkati & dirahmatiNya selalu (amenn ya rabb..)

Apabila Allah ingin memasukkan manusia ke dalam syurga, Allah memerintahkan malaikat membawa HADIAH..iaitu kain daripada syurga dan apabila penghuni syurga hendak melangkah masuk ke dalam syurga...

Malaikat berkata :
"Sesungguhnya..aku membawa hadiah daripada Allah, aku membawa KAIN yang wangi dan 10 CINCIN dari Allah.."

Apabila penghuni syurga mendapat kain yang wangi itu, mereka memakai kain itu..mereka memerhatikan 10 bentuk cincin yang diberikan Allah itu..

Setiap cincin ada TULISANNYA :
✿~ cincin 1 ditulis : BERBAHAGIALAH kamu, masuklah kamu ke dalam syurga
                             sedangkan kamu KEKAL di dalamnya..
✿~ cincin 2 ditulis : Kami HILANGKAN KESEDIHAN dan kebingungan kamu..
✿~ cincin 3 ditulis : Inilah SYURGA yang diwariskan pada kamu atas amalan ketika hidup dahulu..
✿~ cincin 4 ditulis : Kami kahwinkan kamu dengan BIDADARI yang cantik jelita..
✿~ cincin 5 ditulis : Syurga ini penuh dengan PELBAGAI KENIMATAN yang akan kamu dapat tanpa bersusah payah..
✿~ cincin 6 ditulis : Di dalam syurga kamu akan mendapat SEMUA PAHALA dan kenikmatan berkat amal kebajikan..
✿~ cincin 7 ditulis : Kamu TIDAK AKAN TUA selama-lamanya..
✿~ cincin 8 ditulis : Kamu akan menjadi orang yang AMAN dan TIDAK AKAN TAKUT selama-lamanya..
✿~ cincin 9 ditulis : Kamu akan bersama dengan NABI, PARA SAHABAT, para tabi'in, para syuhada', siddiqin, solihin..
✿~ cincin 10 ditulis: Kamu akan berada di sisi TUHAN yang memiliki ARASY yang Maha Mulia..

by : (iluvislam.com)



salam perkongsian,


aj ;)


Monday 2 January 2012

Petua 4 Imam Syafie




Assalamualaikum w.b.t... apa khabar semua sahabat & pelawat SSP ? sihat wal'afiat hendaknya..amenn ya rabb.. kali ini aj ingin berkongsi beberapa petua dgn sahabat2 sekalian. moga ia membawa manfaat kpd kita smua ye.. (aj nk minta maap kpd sahabat/pelawat sekalian...sbb xdpt menulis pnjg2...aj kena pegi ''berperang'' khamis ni...jd, kena la study... hee.. :D)

Empat perkara menguatkan badan 
   1) makan daging 
   2) memakai haruman 
   3) kerap mandi 
   4) berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
   1) banyak berkelamin (bersetubuh)
   2) selalu cemas
   3) banyak minum air ketika makan
   4) banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 
   1) duduk mengadap kiblat 
   2) bercelak sebelum tidur 
   3) memandang yang hijau (tumbuh-tumbuhan hijau, bukit bukau & ...) 
   4) berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata 
   1) memandang najis 
   2) melihat orang dibunuh 
   3) melihat kemaluan 
   4) membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
   1) tidak banyak berbual kosong 
   2) rajin bersugi (gosok gigi) 
   3) bercakap dengan orang soleh 
   4) bergaul dengan para ulama 

Empat CARA TIDUR 
1) TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 
2) TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan 
     terjaga untuk solat malam.    
3) TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan 
     yang banyak dimakan. 
4) TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal dunia... 

Sharing is caring. 

aj


p/s: perkongsian ini adalah drpd seorg sahabt di laman muka buku :) 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...