Sahabat SSP

Sunday, 31 July 2011

AhLaN wAsAhLaN Ya RaMaDhAn ~

Somebody is leaving......because RAMADHAN is coming.. tata titi tutu SYAITAN ! tapi AWAS !! sahabat baik Syaitan, iaitu NAFSU masih bersama2 kita...berhati2 ya ..


Syaaban pergi meninggalkan seribu kenangan, maka Ramadhan pula datang menyapa setelah setahun menanti....

Welcome back ya Ramadhan.....alhamdulillah..bulan ramadhan bulan keberkatan kali ini disambut dengan linangan air mata kesyukuran.. :)


                                              ~  Ramadhan - a fully blessed month ~

Niat Puasa (Sebulan) :
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala."


Niat Puasa (Sehari) :
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala."


Niat Berbuka Puasa :
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."


Doa Selepas Berbuka Puasa :
"Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu."


Buat sahabat2 sekalian, gunakanlah sebaik2nya kehadiran Ramadhan kali ini ..insyaallah  :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...