Sahabat SSP

Monday, 5 September 2011

Puasa 6 Di Bulan Syawal

Assalamualaikum w.b.t ...


Bagaimana dgn sambutan Hari Raya anda? meriah? tentulah seronok dikelilingi famili... sanak saudara... sahabat handai... insan2 trsyg ...  dihidangkn dgn pelbagai juadah yg enak serta lazat...nyum nyum..... alhamdulillah...inilah antara nikmat kurniaanNya kpd kita...

Kesian pd 'stomach' sahabat semua...mulut pon dah letih mengunyah kan?....kejap makan kat rumah si A ...lepas tu rumah si B...& bla 2.... makan makan makan & makan.... 'stomach' anda pasti mengalami 'kejutan' selepas sebulan berpuasa. Bagilaa 'stomach' anda rehat semula... :)

Jadi, marilah kita berpuasa sunat di bulan Syawal... jum berpuasa 6 plak !!


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Niat puasa : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “


Jadi, tunggu apa lg...jum la kita tambah pahala dibulan syawal ini !



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...